Tuesday, January 18, 2011

Pasca Obstetrik & Ginekologi


Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar... I have had an amazing and meaningful seven weeks posting on Women's Health. Secara mudah, kesihatan wanita, ibu dan kandungan.

Pada peringkat awal, sangat susah, segan dan perasaan ini bercampur baur, untuk membiasakan diri memeriksa perut ibu-ibu mengandung. Walaubagaimanapun, pada masa memegang abdomen (bawah perut) ibu-ibu ini, kita sebenarnya dapat menentukan kedudukan bayi, umur kandungan, dan dapat merasai gerakan atau tendangan oleh bayi tersebut. Subhanallah, sungguh hebat Allah SWT bila memikirkan kita juga dulu pernah berada dalam rahim ibu kita seperti bayi-bayi tersebut. Kita telah berada dalam jagaan dan kasih sayang Allah SWT dalam masa tersebut dan sehinggalah sekarang, sebagai orang Islam dan beriman.

Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Surah Lukman-ayat 14) 

Kesakitan dan penderitaan sepanjang ibu mengandung telah dipelajari sedalamnya semasa modul ini. Timbul rasa kagum, sedih dan rindu apabila melihat proses kelahiran secara normal 'spontaneous vertex delivery' buat kali yang pertama di 'labour room'. Kagum dengan kebesaran Allah SWT mencipta manusia jenis wanita yang dibina mampu menahan kesakitan, kesusahan mengandung selama 9 bulan 10 hari dan seterusnya melahirkan dengan kesakitan yang amat sangat. Saya sedih dan rindu pada ma di kampung, rasanya ingin terus menelefon untuk mengucapkan terima kasih, minta maaf ampun atas segala kesilapan dan kesalahan selama menjadi seorang anak sehingga sekarang. Alhamdulillah, telah berjaya memeluk ma dan mencium pipi sambil mengucapkan 'sayang ma', suatu perbuatan yang sangat bermakna buat kita dan lebih-lebih lagi buat ibu kamu semua. Kepada yang belum, bolehlah mencabar diri anda untuk melakukannya.


Hargai, hormati, dan sayangi kedua ibubapa anda selagi mereka masih ada. Hubungilah selalu mereka, bertanyakan khabar dan berbakti selagi masih ada disisi kita.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua tenaga pengajar yang hebat diketuai Dr Syed, Dr Chua, Dr Maizun, Dr Malhi yang sangat komited dengan proses pengajaran dan pembelajaran kami. Lebih daripada itu, mereka ibarat ibu dan bapa kepada kami, senantiasa mendorong, menasihati dan memerhatikan. Tidak lupa juga kepada pakar-pakar di hospital Ipoh, Dato' Dr Mukudan, Dr Japaraj dan Dr Aruku, serta semua ahli kumpulan ini yang sentiasa rajin, komited dan seronok belajar.
Tidak dilupakan tunjuk ajar akak-akak nurse, staff dan makcik, puan-puan yang jadi 'patient'.
Alhamdulillah.... Terasa tidak mahu berhenti memuji Allah atas segala nikmatNya..



Thursday, December 09, 2010

17 orang masuk Islam kerana iklan di bas



"PhotobucketGain Peace", sebuah organisasi dakwah di Chicago yang berdakwah dengan menggunakan papan iklan seperti berdakwah dengan cara memasang iklan di badan bas. Kegiatan yang mereka lakukan ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu meluaskan pandangan masyarakat Barat yang bersifat negatif kepada Islam tapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, 17 orang yang menyatakan ingin memeluk agama Islam.

Photobucket
Salah satu darinya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun mempunyai niat masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.
“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya, ” kata Toole.
Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun lalu, seorang lelaki memberinya sekeping brochure dan mengatakan ia akan mendapatkan pencerahan dari brochure itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole menceritakan.
“Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sehingga akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers ” dan terus menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.
Setelah mendapatkan penjelasan dan berbincang dengan pihak GainPeace, Toole telah mengucap syahadat. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.
Isu hangat
Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea yang bijak untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.
“Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah sangat membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya dapat banyak belajar tentang Islam, “kata Toole.
GainPeace juga memberikan perkhidmatan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka boleh belajar apa saja mulai dari cara sembahyang, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.
Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahawa ia sudah membuat keputusan yang benar. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah yang benar, “tambah Toole.
Seperti diberitakan sebelum ini, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan soal jawab tentang Islam di bas-bas CTA mendapatkan respon positif dari masyarakat Chicago.
Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar $30,900 dollar AS sebagai kos pemasangan iklan 25 bas CTA yang melalui laluan di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamannya dikunjungi lebih dari 300,000 orang. GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris, majalah The Message on Prophet Muhammad serta brocure dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.
Photobucket
Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan mesej dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap pelbagai maklumat tentang Islam, sehingga dapat membetulkan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.
Selain GainPeace, kempen serupa juga dilakukan ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cawangan di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menempelkan lebih dari 1,000 iklan soal jawab tentang Islam di stesen-stesen kereta api bawah tanah.
Kerana kempen dengan cara itu berjaya, bandar-bandar lain di AS dan Canada meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di bandar-bandar tersebut.

Tuesday, December 07, 2010

Sebarkanlah Salam

Sedih, ucapan salam kadang-kadang seperti tersekat di kerongkong untuk keluar... Kenapa begitu? Bukankah salam itu sebahagian daripada doa, akhlak dan sunnah yang mulia...


Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kami saling berkasih-sayang. Hendakkah kamu aku tunjukkan sesuatu perkara, apabila kamu melakukannya akan saling mengasihi? Sebarkan salam antara kalangan kamu.” (Riwayat Muslim)


Ya, salam itu adalah salah satu cara untuk kita mempamer kasih sayang, dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.. sebaiknya salam itu bukan sahaja di kalangan yang kita kenal, bahkan kepada orang yang kita tidak pernah mengenali sesama Islam. Contoh mudah, apabila berjumpa di masjid, belajarlah untuk senyum dan memberikan salam. Kalau tidak dapat dengan semua, jangan langsung meninggalkannya pula. Buatlah sekadar mampu.


Para sahabat sering berlumba-lumba dengan Nabi SAW siapa yang dapat mula-mula mengucapkan salam apabila berjumpa. Seringkali mereka gagal dalam mendahului Rasulullah SAW dalam ucapan yang mulia itu..


Daripada Huzaifah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya seseorang mukmin apabila bertemu dengan orang mukmin yang lain, lalu dia memberi salam kepadanya dan memegang tangannya untuk bersalaman, maka berguguranlah dosa-dosa mereka sebagaimana bergugurannya daun-daun dari pokok.” (Riwayat at-Tabarani)

Ucapan salam kepada bukan Islam 


Timbul persoalan ini, adakah kita perlu memberi salam kepada orang belum Islam, dan adakah orang bukan Islam boleh memberikan ucapan salam. 


Secara mudahnya, kita boleh dan bahkan digalakkan memberikan salam kepada semua tidak mengira agama kerana ucapan salam adalah ucapan yang baik. Cuma, ucapan salam kepada bukan Islam tidak boleh disertakan dengan ucapan warohmatullah...


Kalau kita teliti maksud salam sekalipun, ia membawa maksud 'Salam sejahtera kepada kamu' . Untuk mengelakkan fitnah, kita boleh gantikan ucapan salam kepada bukan Islam dengan ucapan Good Day, Good morning, dan lain-lain.


Salam adalah syiar Islam


Ucapan salam adalah syiar, petanda mudah menunjukkan seseorang itu Islam atau bukan. Kenapa malu atau pelik untuk mulakan ucapan, pembentangan, 'presentation', perbualan kita dengan ucapan salam dan menyebut nama Allah SWT. Lebih-lebih lagi jika hadirin atau pendengarnya ada yang Islam walaupun seorang.


Salam ini ibarat bismillah dalam kita memulakan sesuatu perbuatan, ianya mudah tapi susah untuk dibuat kerana kita sendiri yang tidak mengerti akan kelebihan dalam mengamalkan sunnah ini. Dalam satu hadis yang lain, siapa yang masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam, maka dia masuk bersama-sama syaitan, bermakna dia mempersilakan syaitan untuk masuk bersama-samanya. 


Dari Aisyah radliyallahu’anha ia berkata: Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam pernah berkata: “Wahai Aisyah, ini ada Jibril, dia kirim salam untukmu.” Aisyah berkata: “Aku jawab, wa’alahissalam wa rohmatulloh (semoga keselamatan dan rahmat Allah tercurahkan untuknya), engkau dapat melihat apa yang tidak kami lihat.”  (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Jom, kita sebarkan salam... =)