Saturday, August 21, 2010

AL JANNATUL AJILAH...syurga yg disegerakan...

Perkara pertama yang dituntut dalam Islam ialah mengenal Tuhan. Ada hadis yang berbunyi:Maksudnya: “Awal-awal agama mengenal Allah.” Hanya setelah kita kenal Tuhan, barulah kita tahu betapa baiknya Tuhan kita itu. Betapa Dia sangat mengambil berat tentang kita. Betapa Dia cukup menjaga dan mencukupkan segala keperluan kita. Betapa Dia sangat melindung dan membela kita. Betapa Dia tidak ada apa-apa kepentingan terhadap diri kita dan tidak menuntut apa-apa keuntungan dari kita. Dia hanya memberi, memberi dan terus memberi dan tidak pernah mengambil apa-apa dari kita.

Betapa kasih sayang-Nya Dia terhadap kita. Diberi-Nya kita nikmat supaya kita bersyukur. Dan kalau kita bersyukur, ditambah-Nya lagi nikmat-Nya itu kepada kita. Diuji-Nya kita dengan kesusahan. Dan kalau kita bersabar, dihapuskan dosa-dosa kita dan diangkat-Nya darjat kita. Dalam nikmat-Nya ada rahmat. Dalam ujian-Nya juga ada rahmat.
Alangkah baiknya Tuhan kita itu.

Keampunan-Nya mengatasi kemurkaan-Nya. Kalau kita terbuat dosa sebesar dunia ini pun, Allah akan kurniakan keerkara pertama yang dituntut dalam Islam ialah mengenal Tuhan.

Ada hadis yang berbunyi: ampunan-Nya sebesar dunia ini juga kalau kita sudi dan mahu bertaubat dan meminta ampun dari-Nya. Disuruh-Nya kita beriman dan beramal soleh. Bukan kerana Dia akan mendapat untung apa-apa tetapi kerana Dia mahukan kita selamat hidup di dunia dan selamat hidup di akhirat. Supaya hidup kita tenang dan bahagia. Supaya di dunia ini pun kita dapat hidup seperti di syurga sebelum Syurga yang sebenar di akhirat nanti.Tuhan seolah-olah bertungkus-lumus menjaga kita. Pagi petang, siang dan malam. Dia tidak tidur, tidak rehat, tidak mengantuk dan tidak penat. Dia tidak pernah melupakan kita. Kita yang selalu melupakan Dia. Namun, dalam kita lupakan Dia pun, Tuhan tetap menjaga kita. Dia tetap memberi kita rezeki. Dia Tuhan. Dia tidak perlukan kita. Kita hamba. Kita yang perlukan Dia. Tetapi Tuhan rela ‘memperhambakan’ Diri-Nya dan bersusah-payah demi untuk menjaga kepentingan hambahamba-Nya.

Begitulah Tuhan.
Kalau kita betul-betul kenal akan Dia, sudah barang tentu kita akan sayang dan jatuh cinta pada-Nya. Jasa dan kebaikan-Nya kepada kita tidak dapat dikira atau dihitung. Ia terlalu banyak. Tak kenal maka tak cinta. Yang tidak sayang dan tidak cinta pada Tuhan hanyalah orang yang tidak kenal akan Dia.

Setelah cinta, akan timbul rasa takut pada Tuhan. Takut ini bukan macam kita takut harimau. Tuhan bukan hendak baham kita macam harimau. Kita takut terputus cinta dengan Tuhan. Kita takut kalau-kalau Tuhan tidak peduli atau tidak endahkan kita lagi. Kita takut Tuhan tidak kisah dan tidak ambil berat tentang kita lagi. Kita takut Tuhan lupakan kita. Kita takut tersisih dari rahmat, keampunan dan kasih sayang Tuhan. Bagi orang yang bercinta, putus cintalah yang paling ditakutinya. Ini termasuklah bercinta dengan Tuhan. Takut inilah yang dikaitkan dengan ‘taqwa’.

Taqwa ini banyak faedah dan kebaikannya pada diri kita.
Antaranya:
– Ia menghapuskan dosa
– Ia mendatangkan syafaat
– Ia benteng dari maksiat
– Ia pemangkin untuk membangunkan syariat
– Ia boleh mencetuskan rasa bertuhan yang sangat kuat
diikuti dengan rasa kehambaan yang juga kuat
– Ia membunuh sifat ‘hubbud dunia’ atau cinta dunia iaitu
ibu atau kepala segala maksiat
– Ia membakar dan mencairkan sifat-sifat mazmumah dan
keji di dalam hati

No comments: