Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar... I have had an amazing and meaningful seven weeks posting on Women's Health. Secara mudah, kesihatan wanita, ibu dan kandungan.
Pada peringkat awal, sangat susah, segan dan perasaan ini bercampur baur, untuk membiasakan diri memeriksa perut ibu-ibu mengandung. Walaubagaimanapun, pada masa memegang abdomen (bawah perut) ibu-ibu ini, kita sebenarnya dapat menentukan kedudukan bayi, umur kandungan, dan dapat merasai gerakan atau tendangan oleh bayi tersebut. Subhanallah, sungguh hebat Allah SWT bila memikirkan kita juga dulu pernah berada dalam rahim ibu kita seperti bayi-bayi tersebut. Kita telah berada dalam jagaan dan kasih sayang Allah SWT dalam masa tersebut dan sehinggalah sekarang, sebagai orang Islam dan beriman.
Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Surah Lukman-ayat 14)
Kesakitan dan penderitaan sepanjang ibu mengandung telah dipelajari sedalamnya semasa modul ini. Timbul rasa kagum, sedih dan rindu apabila melihat proses kelahiran secara normal 'spontaneous vertex delivery' buat kali yang pertama di 'labour room'. Kagum dengan kebesaran Allah SWT mencipta manusia jenis wanita yang dibina mampu menahan kesakitan, kesusahan mengandung selama 9 bulan 10 hari dan seterusnya melahirkan dengan kesakitan yang amat sangat. Saya sedih dan rindu pada ma di kampung, rasanya ingin terus menelefon untuk mengucapkan terima kasih, minta maaf ampun atas segala kesilapan dan kesalahan selama menjadi seorang anak sehingga sekarang. Alhamdulillah, telah berjaya memeluk ma dan mencium pipi sambil mengucapkan 'sayang ma', suatu perbuatan yang sangat bermakna buat kita dan lebih-lebih lagi buat ibu kamu semua. Kepada yang belum, bolehlah mencabar diri anda untuk melakukannya.
Hargai, hormati, dan sayangi kedua ibubapa anda selagi mereka masih ada. Hubungilah selalu mereka, bertanyakan khabar dan berbakti selagi masih ada disisi kita.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua tenaga pengajar yang hebat diketuai Dr Syed, Dr Chua, Dr Maizun, Dr Malhi yang sangat komited dengan proses pengajaran dan pembelajaran kami. Lebih daripada itu, mereka ibarat ibu dan bapa kepada kami, senantiasa mendorong, menasihati dan memerhatikan. Tidak lupa juga kepada pakar-pakar di hospital Ipoh, Dato' Dr Mukudan, Dr Japaraj dan Dr Aruku, serta semua ahli kumpulan ini yang sentiasa rajin, komited dan seronok belajar.
Tidak dilupakan tunjuk ajar akak-akak nurse, staff dan makcik, puan-puan yang jadi 'patient'.
Alhamdulillah.... Terasa tidak mahu berhenti memuji Allah atas segala nikmatNya..
1 comment:
tersentuh bila baca..simple yet meaningful ;)
Post a Comment