Showing posts with label mindsets. Show all posts
Showing posts with label mindsets. Show all posts

Monday, May 12, 2008

Rancangan BLOG di RTM1

Blog dan blogger semakin diiktiraf dan diambil berat oleh kerajaan, membawa kepada satu rancangan BLOG di rtm. Baru-baru nie BLOG menjemput blogger terkenal tanahair, Raja Petra Raja Kamaruddin, kerabat diraja Selangor dengan laman blognya Malaysia-Today. Malaysia-today.net mencecah jumlah hits sebanyak 1.5 juta setiap hari, mengatasi jumlah pembaca akhbar. Untuk rekod, beliau pernah terlibat dalam menaikkan Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dalam pertandingan sengit dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

Pasca-PRU 12 menyaksikan ramai pemimpin Barisan Nasional mula menulis blog seperti Dr Mohd Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Dato’ Seri Ali Rustam.

Yang terbaru, bekas PM kita, Tun Dr Mahathir telah menyertai para blogger di alam maya. Ikuti komen beliau berkenaan isu semasa tanah air di http://www.chedet.com/

Ikuti temubual BLOG dengan Raja Petra tersebut di link di bawah, antaranya membincangkan good governance, kestabilan politik, kebebasan mendapat maklumat, blog:

Kesian tengok pengacara kena hentam, patut bagi orang lain yang lebih berpengetahuan dan kritikal supaya dapat mengimbangi dan menghasilkan perbincangan yang lebih mantap:

Part 1/3 http://uk.youtube.com/watch?v=jWRXtgXdQqM&feature=related

Part 2/3 http://uk.youtube.com/watch?v=9igXv_ewW5M&feature=related

Part 3/3 http://uk.youtube.com/watch?v=p4MZbTERMHk&feature=related

Semoga rtm meneruskan pendekatan sebegini, mendidik masyarakat, memberi peluang kepada semua pihak untuk menyatakan hujah dan pandangan.

Selamat menonton.

Thursday, February 07, 2008

Selamat Tahun Baru Cina

‘‘Assalamualeikom! Tang-tang-tang, assalamualeikom!’’,

Kedengaran orang memberi salam di luar rumah sambil mengetuk pintu.
Aku bingkas bangun dari menonton tv.
Ma yang sedang ralit membaca Quran sementara menunggu Asar juga terkejut, turut bangun.
"Waalaikumsalam!", ma menjawab.

"Ohh, rupanya Cina tukang baiki mesin basuh yang datang", aku berkata dalam hati.

”Guano lewat mari, ingat tok mari doh hari nie?”, ma bertanya memulakan perbualan.
”Ohh, ado banyok lagi peti, mesin basuh hok ore antar tok siak lagi bekki”, Ah Hong (bukan nama sebenar) menjawab.

Pasti bukan sedikit yang pelik. Bolehke bukan Muslim memberi salam sebagaimana kita sesama Muslim memberi salam?
Soalan yang sama sebenarnya bermain di minda pertama kali keadaan sebegini berlaku.

Yang pasti maksud ’assalamualaikum’ adalah salam sejahtera ke atas kamu. Bahkan, di negara Arab, mereka memberi salam walaupun kepada bukan muslim kerana mereka semua berbahasa dalam bahasa Arab. Dan jangan terkejut kalau anda terserempak dengan individu yang bernama Abdullah beragama Kristian di negara Arab seperti Mesir dan lain-lain. Keadaan yang sama juga boleh berlaku di negara bukan Arab contohnya di Malaysia.


Islam = Melayu?

Ini mungkin berlaku apabila kita gagal membezakan antara budaya dan agama. Semuanya cuba dicampuradukkan sesedap rasa. Kemungkinan juga Cina belum Muslim tadi berfahaman bahawa memberi salam cara demikian adalah budaya Melayu. Tidak salah jika beliau hendak memberi salam tapi tanggapannya mungkin salah apabila menyamakan budaya Melayu dengan Islam. Islam adalah Melayu dan masuk islam bererti masuk Melayu.


Adalah tersasar jika selepas memeluk agama Islam, orang Cina dilarang menyambut tahun baru Cina yang memupuk hubungan kekeluargaan dengan makan malam bersama, memakai baju warna merah, warna kegemaran mereka dan memberi angpau dan ucapan selamat antara sahabat handai. Sedangkan Kristian yang telah memeluk Islam, masih dibenarkan untuk menikmati suasana dan lagu Krismas yang dulunya dirasai sinonim dengan hubungan mesra kekeluargaan. Jadi, kenapa perlu kita Melayukan Cina dan India yang memeluk Islam.


Menyalahkan orang Cina kerana berfahaman demikian, adalah tidak tepat kerana masih ada Melayu sendiri yang berfahaman sedemikian sempit. Tanpa juga menyalahkan Melayu semata, perlembagaan Malaysia yang mengertikan Melayu sebagai Islam juga memainkan peranan.

Realitinya Melayu sudah sekurang-kurangnya 150 000 yang murtad daripada Islam mengikut Dato’ Harussani, Mufti negeri Perak, dan tidak kurang juga yang sesat contohnya kumpulan Black Metal, atau JIT (jangan ikut tuhan) yang tidak percaya kepada tuhan dan sebaliknya menyembah setan. Trend ini menular dengan cepat di kalangan remaja-remaja kita di tanah air. Tidak perlu hairan juga apabila timbul ajaran Rasul Melayu, Ayah Pin, dan Rufaqa’ jika kekeliruan Islam=Melayu masih wujud di kalangan masyarakat kita.


Jika Melayu adalah Islam, kenapa kita susah-susah nak haramkan tarian mak yong yang mempunyai unsur-unsur pemujaan meminta tolong dari makhluk halus yang jelas syirik, suatu dosa besar . Tambahan pula, penari-penarinya melibatkan wanita memakai pakaian yang menyeksakan mata dengan lenggang-lenggoknya. Kenapa nak dihentikan wayang kulit yang mendendangkan kisah-kisah dewa-dewi warisan Ramayana Mahabbarata Buddha. Alhamdulillah, wayang kulit dah dibenarkan di Kelantan dengan syarat kisah-kisah tersebut digantikan dengan kisah-kisah dengan mesej yang baik kepada penonton.


Kalau kita pernah mengikuti Majalah Tiga atau Jejak Rasul, ada didokumentarikan orang Islam di Cina, masjidnya tidak seperti masjid di Malaysia, tetapi seni binanya lebih mirip kepada kuil Cina contohnya Masjid Niujie dan The Great Mosque of Xi'an (dua gambar di bawah). Begitu juga dengan seni bina Masjid Kampung Laut, Kelantan, antara masjid yang tertua di Malaysia, yang dibina dengan pengaruh budaya Melayu, Siam dan Pattani. Maksudnya disini ialah, Islam mengiktiraf mana-mana budaya selagi mana tidak melanggar hukum-hukum Allah. Jadi, tak perlulah diMelayukan Islam, sehingga orang Cina dan India muslim pun hendak diMelayukan adat mereka. Perkara penting ialah kita menghargai budaya kita masing-masing sebagai asal-usul keturunan kita, dan yang tentunya sangat dekat dihati, dan menganut Islam pada masa yang sama.







Budaya menghormati orang

tua, berpegang kepada janji, mementingkan hubungan kekeluargaan dan menjaga maruah yang selari dengan Islam perlu dipertahankan, dan adat menilik nasib, berjampi bomoh, menari makyong, perlu ditinggalkan.


Implikasi

Mungkin ada yang berpendapat soal kecil sebegini tidak perlu dibincangkan, dan hanya membuang masa. Jelas pada kita semua bahawa antara golongan penganut Islam terawal adalah terdiri daripada sahabat yang berlainan bangsa, bahkan warna kulit dan budaya. Antaranya Bilal bin Rabah, tukang azan berkulit hitam dari Habsyah, Salman al-Farisi dari Parsi, dan Suhaib al Rumi dari Rom. Justeru, adakah sewenangnya kita menyempitkan Islam kepada Melayu, dan membuat generalisasi terhadap Cina dan India yang di kalangan mereka adalah saudara seakidah kita. Mindset sebegini juga mempengaruhi penerimaan kita terhadap saudara baru, kerana dah lama tertanam di minda kita bahawa hanya Melayu adalah Islam. sehingga otak kita mentafsirkan orang bangsa Cina atau India bersembahyang di masjid, berkopiah sebagai sesuatu yang pelik.


Golongan Cina di Malaysia sangat kuat berpegang kepada budaya dan bahasa mereka sehinggakan mereka berkeras untuk menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik di sekolah mereka, dan dibenarkan oleh kerajaan. Mereka yang telah terpengaruh dengan definisi Islam yang Melayu, cukup terkesan dan sensitif lalu sering memandang serong atau tidak dapat menerima apabila orang Islam bercakap tentang Islam kerana disangkakan kita mahu meMelayukan mereka, walaupun pada hakikatnya kita cuma mengajak mereka kepada Islam. Oleh itu, berhati-hatilah bila bercakap tentang Islam kepada bukan Melayu yang belum Islam, usah dicampuradukkan mesej Islam dengan mesej Melayu.


Melayu, Buddha dan Hindu

Memandang ke belakang iaitu dari sudut sejarah Melayu, jika budaya Melayu adalah budaya Islam, caca-merbalah jadinya dek Melayu salah silah asal usul keturunannya menganut agama Buddha dan Hindhu. Yang betul-betul belajar Sejarah pasti masih ingat candi di Lembah Bujang, Kedah. Jangan lupa pengaruh Hindu dalam budaya Melayu contohnya adat bersanding semasa perkahwinan. Ini semua tidaklah menghairankan kerana Parameswara juga asalnya beragama Hindu sebelum memeluk Islam. Terima kasih kepada seorang Puteri kerajaan Islam Pasai (sekarang Acheh di utara Sumatera, Indonesia) yang dikahwinkan dengan Parameswara setelah beliau memeluk Islam dan mengambil nama Sultan Iskandar Syah. Setelah perkahwinan itu, Islam bertapak dengan lebih kukuh lagi di tanah Melaka.


Ambil contoh, pemakaian songkok yang menjadi budaya penduduk di Pulau Bali Indonesia yang majoritinya beragama Buddha. Berdasarkan hakikat ini, adalah kontroversi jika menerima bulat-bulat songkok sebagai budaya Islam. Kulit mereka dan wajah mereka adalah saling tak tumpah keturunan Melayu. Sila pandang belakang, dan sama-sama mengambil pengajaran dan bersyukur kepada Allah SWT kerana nenek-moyang kita telah diberikan petunjuk hidayah dan mengambil langkah yang bijak menerima Islam dan meninggalkan agama Buddha dan Hindhu. Menjadi peranan kita pula untuk menyampaikan Islam kepada mereka yang belum Islam.


Melayu, Cina dan Islam

Pak HAMKA, penulis kitab Tafsir Al-Azhar, (1908–1981) pernah menulis ”Perkembangan Islam di Indonesia dan Malaya sangat berkait rapat dengan seorang Cina Muslim, Laksamana Cheng Ho.” Dalam catatan Ma Huan, juga seorang Islam, sebagai pencatat dan penterjemah kepada Laksamana Cheng Ho, ketika pengembaraan Cheng Ho, mereka sangat aktif membina gudang-gudang, dan juga aktif menyebarkan Islam, membina masjid dan komuniti muslim Cina di Melaka. Seorang lagi ulamak Indonesia, Slamet Muljana menulis: ”Cheng Ho membina komuniti Cina muslim mula-mula di Palembang, kemudian di Kalimantan Barat, dan seterusnya di pantai Jawa, tanah Melayu semenanjung, dan Filipina.

S.Q Fatimi, dalam Islam comes to Malaysia, terbitan Malaysian Sociological Research Institute Ltd, Singapore, 1963 memberitahu kita: “When we would deal with the propagation of Islam in Malaysia and the subsequent development of Muslim culture we find Indian (i.e Indo-Pakistani), Arabian (i.e Arabo Persian), and above all, Chinese contributions in the early phases.”

Jangan kita lupa juga faktor empayar Cina Dinasti Ming, yang telah memberikan naungan kepada kerajaan Melaka , Majapahit dan kerajaan sekitarnya tidak berani menyerang lalu mengukuhkan kedudukan sebagai pusat perdagangan pada masa itu. Betapa dekatnya orang Cina dalam kehidupan orang Melayu. Jadi, sebenarnya kita mungkin perlu berterima kasih kepada bangsa Cina kerana keturunan mereka telah memberikan sumbangan yang besar dalam kehadiran dan kemakmuran Islam di Malaysia.

Akhir kata , Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada Alan Zai, Han Guan, Sau Khoon, James, Ms Suzie, Ms Chew, Mrs Hoe, Ms Chen, Yoong, Ching Yan,Jacintha, Wee Vien, Shue Li, Tyng Huey dan semua orang Cina, Selamat Maju Jaya untuk Malaysia Kita.


“Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, agar kamu saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.” Surah Al-Hujurat-13




PS: Hey, I could not find all the pics we took
after we played futsal in Summit and street soccer down at the tasek. Really miss those moments. If anybody still has them, please hello me, ok

Tuesday, April 10, 2007

The tip of the iceberg


As the famous motivator and author of the seven habits of a highly effective people, Dr. Covey said “be Pro-Active” and not reactive or just active.

Proactive in everything, means you are three to four steps ahead when you are doing something. It is also said as a pre-emptive action or to prevent something from happening from the beginning which is definitely better than curing or solving it. At the same level, the principle is applied in medicine “Prevention is better than cure”.

Referring to the tip of the iceberg theory, what you see or know is superficial and there are a lot of things that you don’t know or you don’t even expect to find it in something.

For instance, in every statistics, the reported cases are not the only cases available; there are possibilities that there are a lot more cases remain hidden or unreported. Another application is in the way we see and understand people. The action is the surface, but the belief systems and ideologies are deeper.

Therefore, don’t be surprised one day, when you meet or involved in an unexpected situation or argument. For instance, when your family or friends could not understand or agree with you on the responsibility of a Muslim to act against the ‘taghut’ and to be involved in PAS as the first and leading organisation in the way of Allah in Malaysia. On top of that, don’t be frightened to know that they were all from Sekolah Agama Rakyat (SAR) under Yayasan Islam Kelantan (YIK). This is just an example, of which might happen if you do not act to dispel all the misconceptions within the beliefs of those people around you. The lesson for today is never assumes anything to be a general knowledge which everybody knows and understands about. Act proactively to explain and remind everybody about it.


How do we that? There a few suggestions for this problem. Read, Question, Discuss, and Ponder.

Wednesday, March 28, 2007

Do you have to lose something to appreciate it?

What a good weather? Persoalan cuaca sangat penting di sini. Tidak lengkap berita tanpa ramalan cuaca bagi esok harinya. Boleh dikatakan, ramalan yang dibuat selalunya menjadi kenyataan dan sangat jarang tersalah.

Hari ini sungguh cerah dan hangat (about 10 degree Celsius) jika dibandingkan hari-hari sebelumnya. Mungkin menandakan betul-betul ketibaan musim bunga yang ditunggu-tunggu. Lagipun, jarang-jarang sekali bumi Belfast ini dilimpahi sinaran cahaya matahari sepanjang hari. Burung-burung juga makin hebat berkicauan dan bersiulan, galak beterbangan. Banyak kali juga terserempak dengan burung-burung yang cantik. Northern Ireland memang terkenal di kalangan bird-watcher, sehingga ahli-ahli persatuan pengendap burung dari Bristol pun sanggup datang ke sini. Segala puji hanyalah bagi Allah di atas segala ciptaanNya.


Di sini, saya belajar bersyukur dengan nikmat cahaya matahari yang jarang-jarang dirasai sepanjang sesi pembelajaran- autumn semester and spring semester. Semasa musim sejuk, matahari terbenam seawal jam 4.00 petang dan terbit semula selewat-lewatnya jam 8.45 pagi. Bayangkan, hanya lebih kurang tujuh jam anda dapat melihat matahari dan selebihnya adalah malam yang sejuk dan panjang (about -5 Celsius). Pergi kuliah matahari baru nak keluar, dan habis kelas matahari dah terbenam. No wonder some calls the cold winter a depressing season.

What a cloudy, windy, gloomy and rainy day? Di sini, tak cukup dengan sejuk, tambah pula wind chill iaitu angin yang kuat dan hujan. Payung murah-murah tak mainlah, silap-silap terbang dengan tuannya sekali. Kekadang tue sampai berjalan pun tak bergerak atau tersasar halatuju.

Faktor-faktor tersebut seterusnya menyumbang kepada sejenis penyakit yang dipanggil seasonal affective disorder (SAD). Ubatnya ialah cahaya matahari. Di waktu inilah teringat kepada kampung, panas dan lembap sepanjang tahun.

Manakala pokok-pokok hanya tinggal batang-batang dan ranting-ranting sahaja selepas habis daun-daunnya luruh semasa autumn. Lagilah depressed, tiada lagi kehijauan. Maybe you can take this as the the disadvantage of living in a temperate region of the world. For the native people, it is not an issue at all. So, you can say that is the price you have to pay to study abroad. It is quite an invaluable experience, though.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah, spring has sprung. Pokok-pokok bunga mula berputik dan berkembang, walaupun pucuk-pucuk daun pepohon besar belum keluar. Manusia-manusia yang bertebaran di atas bumi ini juga semakin ceria, dengan bermulanya daylight saving time (DST) or summer time.

Do you want to hop in and join us? I'll get you a chair.

It is the convention of advancing clocks so that afternoons have more daylight and mornings have less. Typically clocks are adjusted forward one hour near the start of spring and are adjusted backward in autumn which gives “Spring forward and fall backward”.

Most of the United States begins Daylight Saving Time at 2:00 a.m. on the second Sunday in March and reverts to standard time on the first Sunday in November. In the U.S., each time zone switches at a different time.

In the European Union, Summer Time begins and ends at 1:00 a.m. Universal Time (Greenwich Mean Time). It begins the last Sunday in March and ends the last Sunday in October. In the EU, all time zones change at the same moment. Quite funny and confusing as well when I started to count the clock backward or forward and playing with the term “the actual time” in my mind. The more important thing is the prayer times never changed. Confused?


Ini semua membuktikan ayat-ayat Allah dalam ‘final testament’ yang berbunyi

“Di tanganmu Allah segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menabirkan siang dengan malam dan menabirkan malam dengan siang. Dan Engkau menerbitkan suatu yang hidup dari suatu yang kaku/mati sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada siapa sahaja yang Engkau mahu”

(Surah ‘Ali Imran: 26-27)