Showing posts with label community. Show all posts
Showing posts with label community. Show all posts

Thursday, February 07, 2008

Selamat Tahun Baru Cina

‘‘Assalamualeikom! Tang-tang-tang, assalamualeikom!’’,

Kedengaran orang memberi salam di luar rumah sambil mengetuk pintu.
Aku bingkas bangun dari menonton tv.
Ma yang sedang ralit membaca Quran sementara menunggu Asar juga terkejut, turut bangun.
"Waalaikumsalam!", ma menjawab.

"Ohh, rupanya Cina tukang baiki mesin basuh yang datang", aku berkata dalam hati.

”Guano lewat mari, ingat tok mari doh hari nie?”, ma bertanya memulakan perbualan.
”Ohh, ado banyok lagi peti, mesin basuh hok ore antar tok siak lagi bekki”, Ah Hong (bukan nama sebenar) menjawab.

Pasti bukan sedikit yang pelik. Bolehke bukan Muslim memberi salam sebagaimana kita sesama Muslim memberi salam?
Soalan yang sama sebenarnya bermain di minda pertama kali keadaan sebegini berlaku.

Yang pasti maksud ’assalamualaikum’ adalah salam sejahtera ke atas kamu. Bahkan, di negara Arab, mereka memberi salam walaupun kepada bukan muslim kerana mereka semua berbahasa dalam bahasa Arab. Dan jangan terkejut kalau anda terserempak dengan individu yang bernama Abdullah beragama Kristian di negara Arab seperti Mesir dan lain-lain. Keadaan yang sama juga boleh berlaku di negara bukan Arab contohnya di Malaysia.


Islam = Melayu?

Ini mungkin berlaku apabila kita gagal membezakan antara budaya dan agama. Semuanya cuba dicampuradukkan sesedap rasa. Kemungkinan juga Cina belum Muslim tadi berfahaman bahawa memberi salam cara demikian adalah budaya Melayu. Tidak salah jika beliau hendak memberi salam tapi tanggapannya mungkin salah apabila menyamakan budaya Melayu dengan Islam. Islam adalah Melayu dan masuk islam bererti masuk Melayu.


Adalah tersasar jika selepas memeluk agama Islam, orang Cina dilarang menyambut tahun baru Cina yang memupuk hubungan kekeluargaan dengan makan malam bersama, memakai baju warna merah, warna kegemaran mereka dan memberi angpau dan ucapan selamat antara sahabat handai. Sedangkan Kristian yang telah memeluk Islam, masih dibenarkan untuk menikmati suasana dan lagu Krismas yang dulunya dirasai sinonim dengan hubungan mesra kekeluargaan. Jadi, kenapa perlu kita Melayukan Cina dan India yang memeluk Islam.


Menyalahkan orang Cina kerana berfahaman demikian, adalah tidak tepat kerana masih ada Melayu sendiri yang berfahaman sedemikian sempit. Tanpa juga menyalahkan Melayu semata, perlembagaan Malaysia yang mengertikan Melayu sebagai Islam juga memainkan peranan.

Realitinya Melayu sudah sekurang-kurangnya 150 000 yang murtad daripada Islam mengikut Dato’ Harussani, Mufti negeri Perak, dan tidak kurang juga yang sesat contohnya kumpulan Black Metal, atau JIT (jangan ikut tuhan) yang tidak percaya kepada tuhan dan sebaliknya menyembah setan. Trend ini menular dengan cepat di kalangan remaja-remaja kita di tanah air. Tidak perlu hairan juga apabila timbul ajaran Rasul Melayu, Ayah Pin, dan Rufaqa’ jika kekeliruan Islam=Melayu masih wujud di kalangan masyarakat kita.


Jika Melayu adalah Islam, kenapa kita susah-susah nak haramkan tarian mak yong yang mempunyai unsur-unsur pemujaan meminta tolong dari makhluk halus yang jelas syirik, suatu dosa besar . Tambahan pula, penari-penarinya melibatkan wanita memakai pakaian yang menyeksakan mata dengan lenggang-lenggoknya. Kenapa nak dihentikan wayang kulit yang mendendangkan kisah-kisah dewa-dewi warisan Ramayana Mahabbarata Buddha. Alhamdulillah, wayang kulit dah dibenarkan di Kelantan dengan syarat kisah-kisah tersebut digantikan dengan kisah-kisah dengan mesej yang baik kepada penonton.


Kalau kita pernah mengikuti Majalah Tiga atau Jejak Rasul, ada didokumentarikan orang Islam di Cina, masjidnya tidak seperti masjid di Malaysia, tetapi seni binanya lebih mirip kepada kuil Cina contohnya Masjid Niujie dan The Great Mosque of Xi'an (dua gambar di bawah). Begitu juga dengan seni bina Masjid Kampung Laut, Kelantan, antara masjid yang tertua di Malaysia, yang dibina dengan pengaruh budaya Melayu, Siam dan Pattani. Maksudnya disini ialah, Islam mengiktiraf mana-mana budaya selagi mana tidak melanggar hukum-hukum Allah. Jadi, tak perlulah diMelayukan Islam, sehingga orang Cina dan India muslim pun hendak diMelayukan adat mereka. Perkara penting ialah kita menghargai budaya kita masing-masing sebagai asal-usul keturunan kita, dan yang tentunya sangat dekat dihati, dan menganut Islam pada masa yang sama.







Budaya menghormati orang

tua, berpegang kepada janji, mementingkan hubungan kekeluargaan dan menjaga maruah yang selari dengan Islam perlu dipertahankan, dan adat menilik nasib, berjampi bomoh, menari makyong, perlu ditinggalkan.


Implikasi

Mungkin ada yang berpendapat soal kecil sebegini tidak perlu dibincangkan, dan hanya membuang masa. Jelas pada kita semua bahawa antara golongan penganut Islam terawal adalah terdiri daripada sahabat yang berlainan bangsa, bahkan warna kulit dan budaya. Antaranya Bilal bin Rabah, tukang azan berkulit hitam dari Habsyah, Salman al-Farisi dari Parsi, dan Suhaib al Rumi dari Rom. Justeru, adakah sewenangnya kita menyempitkan Islam kepada Melayu, dan membuat generalisasi terhadap Cina dan India yang di kalangan mereka adalah saudara seakidah kita. Mindset sebegini juga mempengaruhi penerimaan kita terhadap saudara baru, kerana dah lama tertanam di minda kita bahawa hanya Melayu adalah Islam. sehingga otak kita mentafsirkan orang bangsa Cina atau India bersembahyang di masjid, berkopiah sebagai sesuatu yang pelik.


Golongan Cina di Malaysia sangat kuat berpegang kepada budaya dan bahasa mereka sehinggakan mereka berkeras untuk menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik di sekolah mereka, dan dibenarkan oleh kerajaan. Mereka yang telah terpengaruh dengan definisi Islam yang Melayu, cukup terkesan dan sensitif lalu sering memandang serong atau tidak dapat menerima apabila orang Islam bercakap tentang Islam kerana disangkakan kita mahu meMelayukan mereka, walaupun pada hakikatnya kita cuma mengajak mereka kepada Islam. Oleh itu, berhati-hatilah bila bercakap tentang Islam kepada bukan Melayu yang belum Islam, usah dicampuradukkan mesej Islam dengan mesej Melayu.


Melayu, Buddha dan Hindu

Memandang ke belakang iaitu dari sudut sejarah Melayu, jika budaya Melayu adalah budaya Islam, caca-merbalah jadinya dek Melayu salah silah asal usul keturunannya menganut agama Buddha dan Hindhu. Yang betul-betul belajar Sejarah pasti masih ingat candi di Lembah Bujang, Kedah. Jangan lupa pengaruh Hindu dalam budaya Melayu contohnya adat bersanding semasa perkahwinan. Ini semua tidaklah menghairankan kerana Parameswara juga asalnya beragama Hindu sebelum memeluk Islam. Terima kasih kepada seorang Puteri kerajaan Islam Pasai (sekarang Acheh di utara Sumatera, Indonesia) yang dikahwinkan dengan Parameswara setelah beliau memeluk Islam dan mengambil nama Sultan Iskandar Syah. Setelah perkahwinan itu, Islam bertapak dengan lebih kukuh lagi di tanah Melaka.


Ambil contoh, pemakaian songkok yang menjadi budaya penduduk di Pulau Bali Indonesia yang majoritinya beragama Buddha. Berdasarkan hakikat ini, adalah kontroversi jika menerima bulat-bulat songkok sebagai budaya Islam. Kulit mereka dan wajah mereka adalah saling tak tumpah keturunan Melayu. Sila pandang belakang, dan sama-sama mengambil pengajaran dan bersyukur kepada Allah SWT kerana nenek-moyang kita telah diberikan petunjuk hidayah dan mengambil langkah yang bijak menerima Islam dan meninggalkan agama Buddha dan Hindhu. Menjadi peranan kita pula untuk menyampaikan Islam kepada mereka yang belum Islam.


Melayu, Cina dan Islam

Pak HAMKA, penulis kitab Tafsir Al-Azhar, (1908–1981) pernah menulis ”Perkembangan Islam di Indonesia dan Malaya sangat berkait rapat dengan seorang Cina Muslim, Laksamana Cheng Ho.” Dalam catatan Ma Huan, juga seorang Islam, sebagai pencatat dan penterjemah kepada Laksamana Cheng Ho, ketika pengembaraan Cheng Ho, mereka sangat aktif membina gudang-gudang, dan juga aktif menyebarkan Islam, membina masjid dan komuniti muslim Cina di Melaka. Seorang lagi ulamak Indonesia, Slamet Muljana menulis: ”Cheng Ho membina komuniti Cina muslim mula-mula di Palembang, kemudian di Kalimantan Barat, dan seterusnya di pantai Jawa, tanah Melayu semenanjung, dan Filipina.

S.Q Fatimi, dalam Islam comes to Malaysia, terbitan Malaysian Sociological Research Institute Ltd, Singapore, 1963 memberitahu kita: “When we would deal with the propagation of Islam in Malaysia and the subsequent development of Muslim culture we find Indian (i.e Indo-Pakistani), Arabian (i.e Arabo Persian), and above all, Chinese contributions in the early phases.”

Jangan kita lupa juga faktor empayar Cina Dinasti Ming, yang telah memberikan naungan kepada kerajaan Melaka , Majapahit dan kerajaan sekitarnya tidak berani menyerang lalu mengukuhkan kedudukan sebagai pusat perdagangan pada masa itu. Betapa dekatnya orang Cina dalam kehidupan orang Melayu. Jadi, sebenarnya kita mungkin perlu berterima kasih kepada bangsa Cina kerana keturunan mereka telah memberikan sumbangan yang besar dalam kehadiran dan kemakmuran Islam di Malaysia.

Akhir kata , Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada Alan Zai, Han Guan, Sau Khoon, James, Ms Suzie, Ms Chew, Mrs Hoe, Ms Chen, Yoong, Ching Yan,Jacintha, Wee Vien, Shue Li, Tyng Huey dan semua orang Cina, Selamat Maju Jaya untuk Malaysia Kita.


“Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, agar kamu saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.” Surah Al-Hujurat-13




PS: Hey, I could not find all the pics we took
after we played futsal in Summit and street soccer down at the tasek. Really miss those moments. If anybody still has them, please hello me, ok

Friday, January 25, 2008

Masyarakat tanggungjawab bersama

"Aku tak suka nak jumpa orang ramai, tak suka nak campur masalah orang lain", kata seorang yang asyik dengan laptopnya.

"Ini gua punya style, lone ranger, independent, aku tak nak bergantung kepada sesiapa", jawab seorang anak muda.

Biasa kedengaran patah-patah kata yang sedap mencucuk telinga.

Allah memberi perintah kepada kita dalam al-Quran supaya berpegang teguh dengan tali Allah, dan janganlah berpecah belah.

Kedua, Nabi pernah bersabda: Kambing-kambing yang berseekoran itu lebih mudah dibaham serigala, daripada yang di dalam kumpulan.

Seterusnya, mengikut Ibnu Khaldun, pakar sosiologi berpendapat fitrah manusia yang normal adalah suka hidup bermasyarakat, bersosial, berjumpa orang, tolong menolong antara satu sama lain.


Semua ini menunjukkan betapa Islam ini adalah memenuhi fitrah manusia hendak menjaga setiap individu, setiap daripada kita semua dalam sesebuah komuniti, masyarakat, dan diperintahkan supaya hidup bermasyarakat. Ini kerana tidak banyak dan besar impak sesuatu yang dilakukan oleh individu-individu jika tidak dilakukan secara beramai-ramai, bergotong-royong. Manisnya ialah bonus, iaitu kita membina silaturrahim atau ikatan yang erat antara individu muslim.


Banyak ayat didalam al-Quran yang memerintahkan supaya bersolat turut disertai perintah memberi zakat. Kenapa demikian? Ini kerana solat kita, faedahnya kepada kita sahaja, tapi zakat faedahnya kepada masyarakat seluruhnya. Ini untuk mengingatkan ahli solat atau ibadat supaya tidak lupa kepada masyarakat yang ada hak juga ke atasnya, perlunya hidup bermasyarakat dan tidak pentingkan perut sendiri semata. Tiada istilah 'lone ranger'(baca:kera sumbang) yang kuno dan ketinggalan zaman dan peradaban tersebut dalam Islam.

Rasulullah SAW pernah bersabda: Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Dan sabda baginda lagi: Sesungguhnya aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi untuk menunaikan hajat keperluannya daripada aku duduk beriktikaf didalam masjid sebulan lamanya.
(Diriwayatkan Ibn Abi Al-Dunya dan Imam At-Tabrani, hadith Hasan)

Bahkan pepatah Melayu ada menyebut, bersatu teguh, bercerai-roboh. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Setiap daripada kita ada masa susah dan senang, langit tidak akan selamanya cerah. Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ada yang kata 'kau apa sibuk, kubur kita lain-lain' , jaga tepi kain sendirilah cik, abang.Eloklah tue, esok-esok mak ayah meninggal, atau diri sendiri meninggal, balutlah sendiri kain kapan ke badan, berjalanlah (baca:berguling atau bergolek) ke liang lahad. dan kambuslah sendiri. Jangan lupa, dah menjadi adat manusia, lahir kena bersambut, dan mati kena berhantar.


Jangan pentingkan diri sendiri, jangan bergaduh sesama saudara Islam, dan bertolak-ansurlah kita tolong-menolong antara satu sama lain. Berbaik sangkalah sesama kita kerana sebahagian buruk sangka itu adalah dosa. Kepada yang tak biasa atau tak suka bermasyarakat, biasa-biasakanlah diri, hidup nie tak lama. Jangan hanya tahu mengkritik, tapi hendaklah membuat kerja menyumbang tenaga.
Semoga tidak lagi menyisihkan diri dari komuniti.



Seorang mukmin yang bergaul bersama manusia dan bersabar atas sikapnya yang menyakitkan adalah lebih besar ganjarannya daripada seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas sikapnya yang menyakitkan.

Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 4032

Monday, December 31, 2007

Farewell to Dr Khurshid

It was after Isyak prayer that few Malaysians-Dr Saiful, Azman, Ramzan, Nubli and I were told to stay back. We were listening to the stories from Dr Saiful who just got back from Hajj. To my surprise, it happened to be a farewell party organized by few brothers for Dr Khurshid who has just finished his PhD for Comparative Law. Allahuakbar, Allah is the Greatest.

Bro Jamal, the former president of Belfast Islamic Centre started his short speech to congratulate him for the success. He said ‘We know him in the mosque, and we always see him as a regular comer to the mosque’ ‘As he is going back, we will lose a usual makmum, this is a big loss’

Then, he mentioned a hadith about the seven type of persons that will be in the shadow of Allah in the hereafter, ‘Two of them are person who his heart is attached to the mosque, always look for the mosque to pray anywhere he goes and another one is two persons who meet and separated for the sake of Allah, loves each other only for Allah’s sake. We have no business, money dealings whatever, but love each other for Allah’. We pray for him the best and may the situation in Pakistan will be better.

The celebrated one, Bro Khurshid thanks all who were there. He told us about the judges in Pakistan which are under house arrest, when a brother wished him to be the Chief of Justice in Pakistan.

To be honest, I was not very close to him, but it really is a big loss. People come and go in our life. One thing I can remember was that we discussed about Malaysian political system and the current situation in Malaysia, and he said that he would like to talk more about it later which we never did. Perhaps, I can gain a lot of knowledge from him about things in Pakistan, one of the crucial Muslim countries which is the big factor of stabilisation in Kashmir and Afghanistan.

It was even sadder to know that Bro Jamal Iweida, Palestinian Jordanian and bro Faisal from Holland are also leaving Belfast. It is funny that he thinks that he can sense that I feel very homesick. He even advised me to finish my studies as soon as possible and go back to Malaysia. Whether it is true or not, the truth is not out there, but inside me. Enough said the conclusion is we all need to appreciate everyone around us, especially all of our brothers in Islam.

A sense or spirit of brotherhood between brothers is very important which determine your faith as Allah says in the Quran which means

“The believers are but brothers” Al-Hujurat [49:10]

Allah also says “O, mankind! Surely we have created you of a male and female and make you tribes and families that you know each other, surely the noblest among you unto Allah is one who fears him .Lo! Allah is Knower Aware” Al-Hujurat [49.13]

We all hugged him and I wished him all the best in Pakistan. Ameen.